sticular

sticular
penantian yang tak ada kesudahan

Monday, January 11, 2010

kepeningan kepala

hari yang dilalui sangat menyeksakan terpaksa mengambil peperiksaan
aduh-aduh

Thursday, January 7, 2010

Kasih Yang Tak Kesampaian

Cuba Kau Cuba
Renung ke mata aku bila ku melihatmu
Hebat dilanda rindu padamu
Selangkah kau menhilangkan diri seribu langkah ak mengejarmu

Selagi jasadku bernyawa selagi itulah aku akan setia padamu
    Tidak sanggup aku berenang merentasi lautan kerana bukan aku tidak sayangkan mu tetapi aku tidak tahu berenang dan sekiranya aku mati disitu siapa pula yang ingin menemani mu.
    Tidak sanggup aku mendaki gunung yang tinggi bukan kerana aku tidak menyanyangiimu tetapi aku rasa takut kau tersiksa waktu pemergiaanku kerana ku pasti sekiranya aku mendaki juga itulah tempat persemadianku.
   Andainya ketika ini kau mendengar rintihan hatiku sudah pasti aku tidak ada lagi untukmu kerana aku telah menagih kasih dari orang yang sudi memberikan secebis kasihnya padaku kerana aku sedar Kasihku padamu tidak akan kesampaian Akhirnya...

Tuesday, January 5, 2010

selamat datang tahun baru

kelmarin adalah hari yang di tunggu oleh semua org. knape? tahun baru kata kan semua semangat bukan main lagi tapi apa kan daya semua tu takut2 awal2 je semangat pas tu tah kemana semangat dia.
tapi lain bagi ak kerana tahun baru sebagai pembuka rezki selain menanam azam dan semangat baru ak dapat tawaran kerja jugak alhamdulillah syukur. tahun ini akan aku jadikan sebagai tahun basic untuk menimba pengalaman sebanyak yang mungkin. mengecapi apa yang dihajatkan sekerlip mata adalah sukar apatah lagi dalam masa yang sama mencari apa yang dimahukan itu adalah mustahil.


aktiviti mendaki bukit depan MYdin terengganu jogging la


sejarah tidak akan boleh berulang, kerinduan disaat belajar dahulu adalah sesuatu yang teramat2 manakan tidak pelbagai aktiviti yang dilakukan semasa belajar dahulu kini semua nya menjadi semakin sukar. perkelahan wow sangat menyeronokan camping di gunung lagi wah banyaknya kenangan taun 2009 tersemat. mungkin kini ak akan cuba mencari sinar cahaya dan kegembiraan disini pula mungkin. harapnya insyaallah
 saat di genting wow bez gile

Wednesday, December 30, 2009

Apakah Azam Baru Anda?

     Sudahkah anda set kan azam tahun baru 2010? seharusnya kita telah menetapkan apa yang ingin kita capai tahun hadapan iaitu esokkk...


     Dalam hidup seharian kita harus set kan diri apa yang ingin kita jadi, harus memahami diri agar diri ini terus kuat walau apa pun yang akan berlaku.

    Aku mensasarkan untuk mendapatkan sebanyak mungkin ilmu dan pengalam di PTP, link dengan semua bahagian tuk mengecapi impian aku yang lahir dari dulu untuk menjadi seorang Lecturer. Entah mengapa aku terlalu mengidamkan impian itu kerana yakin dengan diriku untuk mencapai apa yang ak rancangkan.
  
   Menjadi Lecturer yang berilmu dan berpengalaman  selain daripada kebolehan mengajar dan persuade individu adalah salah satu ciri-ciri Lecturer yang bagus. Semoga Ak akan berjaya suatu hari nanti...

   Kawan kawan ku anda juga harus menetapkan hala tuju yang jelas agar anda. Sudahkah anda?

Selamat Tahun Baru

hidup perlu diteruskan


Kadang-kadang kita terlupa apa sebenarnya yang kita kejar dalam hidup ini. angan angan dan impian sering silih berganti menemani manusia. tanggal 31 Dec setiap tahun adalah tarikh yang dinanti kerana kita tidak sabar menunggu bermulanya tahun baru dengan diiringi azam angan impian yang baru kepada sahabat semua selamat tahun baru dan kita sama-sama perbaiki diri dan mencapai impian yang di impikan. salam terakhir tahun 2009

Tuesday, December 29, 2009

hari pertama as Junior Vessel Planner.

        Setelah lama ku tunggu, menanti dan terus menanti dengan di iringi doa akhirnya cita-cita tercapai untuk mendapatkan pekerjaan. sekarang bukan mudah untuk mencari pekerjaan. Alhamdullillah syukur kehadrat tuhan kerna kini ak berjaya juga bergelar pekerja.
       pengalaman pertama ku adalah merasai sendiri perit jerih insan yang hanya bergelar planner, dapat ku rasakan bagaimana sukarnya kerja ini, tapi bagi diriku segalanya harus ak lalui demi satu pengalaman dan kematangan.

Wednesday, December 23, 2009

Untaian kata-kata indah

perjalana yang dilalui sangat berbeza, penuh sendu dan tawa.
hidup ini bagai kan sekejap sahaja, diam tak diam 3 bulan ak telah menghabiskan masa bersama-sama rakan-rakan dan staff Marine dan HSE.
Permulaan yang banyak mengajar erti tidak putus asa, kesengsaraan walaupun hanya sedikit tetapi inilah titik permulaan diriku setelah menghabiskan waktu ku belajar dahulu. kini ak akan melalui satu lagi sejarah yang tak mungkin akan berulang sebagai pekerja dan title ini bukan mudah untuk dipikul kerana inilah tanggungjawab berat yang ak gendung kemana sahaja. hanya satu yang ku mahu pengalaman yang akan mendewasa dan mematangkan lagi fikiran. ak sentiasa mendoakan kamu semua mendapat pekerjaan juga, cubalal yang terbaik. doaku sentiasa mengiringi mu semua. kepada kak hernee be careful please double careful  cos akak akan menjalani kehidupan yang berbeza selepas ini...

kekusyukan makan,
eh dengar sape cakap tu semua terlopong


apa yang klakar tu

kecantikan semulajadi datangnya dari gaya perwan hahaha


discuss serius nampak



apa yang penting kenangan ini akan terlipar rapi dalam kamus dan diari insan bernama aslizal.